Posted in Makluman

JEMPUTAN KE PERSIDANGAN PSIKOLOGI MODAL INSAN 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Perkhidmatan Awam akan menganjurkan Persidangan Psikologi Modal Insan 2017 pada 9 Oktober 2017 (Isnin) bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bertemakan #SejahteraNegarakuMalaysia. Persidangan kali ini akan dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan penyertaan daripada sektor awam, swasta, badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan belia, pelajar universiti dan kesatuan pekerja.

Bersama-sama ini disertakan surat jemputan ke Persidangan Psikologi Modal Insan 2017 untuk perhatian dan tindakan pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan. Sehubungan dengan itu, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan adalah dijemput untuk menghadiri persidangan ini dan mencalonkan pegawai-pegawai/ kakitangan di bawah seliaan agensi masing-masing mengikut bilangan kuota yang ditetapkan seperti di Lampiran B surat jemputan tersebut.

Jasa baik pegawai-pegawai/ kakitangan yang telah dicalonkan oleh pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan adalah dipohon untuk membuat pengesahan kehadiran menggunakan sistem pendaftaran atas talian seperti pautan di bawah sebelum atau selewat-lewatnya pada 7 Oktober 2017 (Sabtu). Penyertaan adalah PERCUMA.

https://sistem.jpa.gov.my/pendaftaran/e/56c36901ed9989dea638624a90f371e2/participants

Sebarang pertanyaan berkenaan program di atas boleh berhubung dengan Encik Mohd Afendi bin Ya @ Zakaria Setiausaha Majlis AKRAB Kebangsaan Tel : 019-9112878 afendi@kbs.gov.my  ATAU Cik Roszelia binti Richard Setiausaha Kerja Majlis AKRAB Kebangsaan  Tel : 019-8666642

Sila berhubung dengan Pegawai Psikologi / Pegawai BPSM di Kementerian / Agensi masing-masing bagi mendapatkan surat pelepasan untuk hadir persidangan.

Kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan dalam menjayakan persidangan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Lampiran

Surat Jemputan :Surat Jemputan Peserta Persidangan

Aturcara Persidangan : Atur Cara PERSIDANGAN

Aturcara Perasmian : Atur Cara PERASMIAN

Surat Pelepasan : SURAT PELEPASAN PERSIDANGAN MODAL INSAN UNTUK AKRAB

 

 

 

Advertisements

Author:

Blog Rasmi Majlis AKRAB Kebangsaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s