Posted in Berita

Psychology Wellness Challenge : Keep Calm & Live Healthy Sukses !!!

Psychology Wellness Challenge : Keep Calm & Live Healthy (PWC) merupakan  program anjuran bersama Unit Psikologi Kaunseling dan Jawatankuasa AKRAB Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis AKRAB Kebangsaaan (MAK). Seramai hampir 300 orang ahli AKRAB dan penjawat awam dari seluruh negara menyertai program yang julung-julung kali diadakan di Pusat Latihan MARDI, Serdang.

Pelaksanaan PWC adalah berbentuk fitness and health awarenessIanya dipilih sebagai satu platform terkini ke arah pemahaman elemen psikologi dengan tema yang dipilih iaitu Keep Calm & Live Healthy.   Pendekatan ini di harap dapat memberi pendedahan kepada semua peserta mengenai elemen kesihatan secara holistik terutamanya dari sudut kesejahteraan fizikal (kecergasan), psikologi (kesihatan mental) dan kewangan (pengurusan kewangan) agar ianya dapat diseimbangkan dan dapat dapat diaplikasikan secara sihat dalam persekitaran organisasi.

PWC menyuntik elemen moden  bagi menyeimbangi keperluan humanistik kini yang lebih urban dan mencabar. Justeru, program yang menyeimbangi antara fizikal dan emosi sangat penting diterapkan bagi jiwa warga kerja masa kini.  Gaya hidup kini yang berlandaskan serba serbi moden kadangkala membawa kesan negatif seperti tidak mengambil berat tentang kesihatan dan tidak bergiat aktif dengan aktiviti sukan dan riadah.

Dengan gaya hidup yang sibuk, kita juga alpa dan mengabaikan keperluan elemen kesihatan minda (IQ), emosi (EQ), spiritual (SQ) dan fizikal (FQ) kita. Keperluan bagi menyeimbangkan  kelima-lima elemen tersebut adalah perlu dalam kita berusaha untuk mencapai hasrat YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak yang mahukan perkhidmatan awam memfokuskan 2017 sebagai tahun penyampaian untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat.  Fokus delivery, delivery and delivery (penyampaian, penyampaian dan penyampaian) ini boleh dicapai sekiranya lebih ramai penjawat awam berada dalam keadaan sihat fizikal dan mental dan seterusnya dapat menyampaikan perkhidmatan dengan lebih baik dan berkualiti lagi.

Peserta PWC telah mengikuti 3 aktiviti utama yang diatur iaitu pertama Sesi perkongsian ilmu berkaitan Kesejahteraan Mental yang dikendalikan oleh  Dr. Ahmad Rostam bin Md Zin, Pakar Psikiatri Hospital Putrajaya. Seterusnya Slot Kesejahteraan Kewangan dikendalikan oleh wakil dari Amanah Saham Nasional Berhad dan Slot ketiga bagi Kesejahteraan Fizikal peserta menjalani  Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) yang dikendalikan oleh penguji-penguji dari Bahagian Pembangunan Sukan, KBS. Program ini turut dibantu oleh Team Medic dari Institut Sukan Negara.

Majlis penutup program telah disempurnakan oleh YBng Dato’ Nor Inchun binti Mohamed Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) merangkap Penaung Majlis AKRAB Kebangsaan. Beliau berucap mewakili Dato’ Sri KPPA. Sebelum itu YBhg Dato’ turut mendengar rumusan Ujian Kercergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) yang disampaikan oleh Ketua Penguji UKJK yang juga pegawai dari  KBS.

Terima kasih di ucapkan kepada pihak-pihak yang memberikan kerjasama di dalam menjayakan PWC ini, Hospital Putrajaya, Amanah Saham  Nasional Berhad, Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Institut Sukan Negara (ISN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga Pusat Latihan MARDI, Serdang.  Semoga program ini memberikan manfaat yang maksimum kepada semua peserta.

Advertisements

Author:

Blog Rasmi Majlis AKRAB Kebangsaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s