Posted in Berita

Kunjungan hormat terhadap TKPPA(O)

Presiden MAK, Encik Pauzan bin Ahmar bersama beberapa orang ahli jawatankuasa MAK dan juga wakil Jawatankuasa  Program “Psychology Wellness Challenge : Keep Calm & Live Healthy (PWC)” telah mengadakan kunjungan hormat terhadap YBhg Dato’ Nor Inchun Mohamed Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) pada 17 April 2017.

 

Kunjungan ke Pejabat YBhg Dato’ di JPA ini bertujuan untuk memberikan penerangan lanjut  berhubung Program PWC yang akan berlangsung pada 18 April 2017 di Pusat Latihan MARDI Serdang. Program ini dijangka akan melibatkan penyertaan kira-kira 300 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli AKRAB dan penjawat awam dari seluruh kementerian, jabatan agensi dan pejabat SUK.  YBhg Dato’ dijangka akan mewakili YBhg Dato’ Sri KPPA menyempurnakan Majlis penutupan pada jam 4.00 petang.

Di dalam pertemuan ini YBhg Dato’ menunjukkan minat yang mendalam terhadap bidang Psikologi dan kaunseling. Beliau akan menyokong sebarang usaha memajukan bidang ini. Program AKRAB dan Pementoran juga bagi beliau amat baik dan boleh dimantapkan lagi. Mengakhiri pertemuan ringkas ini, Presiden MAK telah menghadiahkan  YBhg Dato’ sebuah buku Pelan Strategik AKRAB 2016-2020.

Author:

Blog Rasmi Majlis AKRAB Kebangsaan

Leave a comment