Posted in Inspirasi Motivasi

Selamat Menyambut Tahun Baru 2017

Apa khabar semua rakan-rakan AKRAB ? Tahun 2016 telah berlalu meninggalkan kita dengan pelbagai pengalaman suka dan duka. Setiap hari, minggu, bulan dan tahun pelbagai perubahan berlaku. Ada perubahan yang melibatkan diri kita sendiri, ahli keluarga , saudara mara terdekat dan mungkin persekitaran kita. Kesemua perubahan ini memerlukan kita sentiasa bersedia. Bersedia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan.

Persediaan mental, fizikal, emosi dan spiritual perlu bagi membolehkan kita survive di dalam dunia yang kian mencabar.

Semoga dengan sedikit ┬áilmu yang berkaitan Psikologi / Kaunseling yang kita miliki kita dapat menempuh segala perubahan yang telah dan bakal berlaku dengan lebih bersedia. Untuk berubah AKAL mestilah diproses agar Tahu, HATI diproses untuk Mahu dan NAFSU dilatih untuk Mampu. – Admin

Advertisements