YBhg Dato’ Dr. Abd. Halim bin Mohd Husin (Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam) di dalam majlis penutup “Bengkel Pembangunan Modul Bersepadu MAK” di Putrajaya pada 30 Jun 2016 menyatakan satu program khas yang dinamakan “Certified Motivator” akan dilancarkan oleh Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA International).
Beliau yang juga merupakan Presiden PERKAMA International memaklumkan seramai 30 orang ahli AKRAB akan menjadi perintis kepada program ini. Ahli AKRAB yang terpilih akan diberikan latihan, mengikuti ujian dan perlu menyiapkan tugasan yang ditentukan sebelum di iktiraf sebagai motivator bertauliah. Pada masa sekarang AKRAB mempunyai keahlian seramai lebih 11,000 orang yang bertugas di dalam perkhidmatan awam di seluruh negara. Seramai 300 orang telah disenarai pendek untuk diserap di dalam program AKRAB Pakar dan seterusnya 30 orang akan diberikan latihan bagi mendapatkan persijilan “Certified Motivator”. Ahli AKRAB yang telah mendapat pengiktirafan berkenaan akan memberikan sumbangan yang lebih bermakna di dalam meningkatkan produktiviti, integriti dan motivasi penjawat awam.