Posted in Makluman

Pencalonan AKRAB Pakar 2016

Sukacita dimaklumkan Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Psikologi (BPPs) Jabatan Perkhidmatan Awam sedang mengenalpasti ahli-ahli AKRAB yang berbakat untuk diketengahkan sebagai “AKRAB Pakar” bagi membantu menjayakan  program-program AKRAB di peringkat Nasional yang akan dilaksanakan oleh MAK sepanjang tahun 2016. Pengwujudan AKRAB Pakar adalah selaras dengan Teras 4, Strategi 3 (Pelan Strategik AKRAB 2016-2020).

Sehubungan itu Penyelaras AKRAB di pohon untuk mengenalpasti ahli-ahli AKRAB yang berbakat, menonjol serta boleh diketengahkan sebagai Fasilitator, Moderator, Motivator, Penceramah, Pengacara, Trainer dan sebagainya yang berkaitan disiplin sebagai Rakan Pembimbing. Ahli AKRAB berkenaan mungkin mempunyai ciri-ciri berikut :

  1. Terlibat aktif di dalam mengendalikan program AKRAB diperingkat Kementerian / Jabatan / Agensi / Kebangsaan; ATAU
  1. Mempunyai bakat istimewa (contohnya sebagai penceramah, fasilitator, moderator, motivator, mengendalikan sesi terapi, pengacara, penulis dsb); ATAU
  1. Mempunyai Sijil, Diploma, Sarjana, PhD atau tauliah pengamal di dalam bidang Psikologi, Kaunseling, Terapi dsb dan aktif di dalam bidang berkenaan (tugas hakiki bukan sebagai Pegawai Psikologi); ATAU
  1. Mempunyai daya kepimpinan yang tinggi, boleh dicontohi dan sedia  berkerja sebagai satu pasukan; ATAU
  1. Pernah memenangi anugerah AKRAB Utama, AKRAB Bestari, AKRAB Proaktif atau AKRAB

Pihak tuan/puan boleh mencalonkan seberapa ramai ahli AKRAB yang difikirkan layak dan juga mana-mana ahli AKRAB yang berminat. dengan melengkapkan borang di Lampiran A.

Borang yang telah lengkap diisi sila serahkan melalui e-Mail kepada Setiausaha MAK pada atau sebelum 3 Jun 2016 (Jumaat). Ahli-ahli AKRAB yang di senarai pendek akan di panggil bagi sesi pemilihan / latihan / TOT.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi :

Encik Mohd Afendi bin Ya @ Zakaria

Setiausaha

Tel : 03-88713420 / 019-9112878

E-mail : afendi@kbs.gov.my

 

Encik Mohamad Basri bin Abdullah

Exco Latihan dan Kompetensi

Tel : 09-5121555 / 019-9256166

E-Mail : basri@mpk.gov.my

Borang Maklumat AKRAB Pakar

Advertisements

Author:

Blog Rasmi Majlis AKRAB Kebangsaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s