Pada 6 April 2016, Presiden bersama beberapa Exco Majlis AKRAB Kebangsaan telah mengadakan kunjungan hormat terhadap YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di pejabatnya di Menara Parlimen, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah YBhg Dato’ Dr. Abd. Halim bin Mohd Hussin, Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi JPA dan Encik Ahmad Badrudin, Pegawai Psikologi Kementerian Dalam Negeri. Kunjungan hormat ini diadakan bagi menjemput secara rasmi YAB menyempurnakan majlis perasmian Konvensyen AKRAB Kebangsaan Kali ke 7 Tahun 2016 yang akan berlangsung pada 12 & 13 Mei 2016.
Selain itu di dalam perbincangan yang diadakan beberapa persetujuan telah dicapai bagi membawa MAK ke satu tahap yang lebih tinggi. Selaras dengan dengan komitmen dan kepercayaan yang diberikan oleh YAB TPM, ahli-ahli AKRAB di seluruh negara juga akan memikul tanggungjawab yang lebih besar demi membawa warga perkhidmatan awam ke suatu tahap yang lebih tinggi dan disegani.