Posted in Berita

Pendaftaran Keahlian MAK

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) telah didaftarkan secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 7 Ogos 2015. Mesyuarat Agung MAK Pertama pada 1 Oktober 2015 bersetuju agar semua ahli AKRAB berdaftar dengan MAK bagi membolehkan rekod keahlian di kemaskini dan sebarang program di rancang dan diselaraskan dengan lebih sistematik.

Keahlian MAK terbuka kepada semua penjawat awam yang TELAH DITAULIAHKAN  sebagai ahli AKRAB oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan juga Pegawai Psikologi / Kaunselor.

Sehubungan itu  ahli-ahli AKRAB diminta menghubungi Pegawai Psikologi masing-masing bagi mendapatkan borang permohonan keahlian MAK atau pun memuat turun dari blog ini  dari ruang “Borang MAK” Yuran yang dikenakan ialah sebanyak RM20.00 sahaja (RM10 pendaftaran dan RM10 yuran seumur hidup).

Bayaran  boleh dibuat secara bank in ke dalam akaun “Majlis AKRAB Kebangsaan” No. Akaun CIMB Islamic : 8602310836.  Slip bayaran asal  hendaklah dikepil pada borang dan dihantar kepada Pegawai Psikologi masing-masing.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar oleh Penyelaras AKRAB Kementerian / Jabatan / Agensi / SUK berserta slip bayaran asal  kepada:

Setiausaha, Majlis AKRAB Kebangsaan, d/a Kementerian Belia dan Sukan, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Aras 9, Menara KBS, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62570 PUTRAJAYA (U.P. : Encik Mohd Afendi bin Ya @ Zakaria). Tel : 03-88713360   Fax : 03-88888763, E-Mail : afendi.kbs@1govuc.gov.my, HP : 019-9112878.

Permohonan yang lengkap dan disahkan akan dikeluarkan resit rasmi penerimaan bayaran dan kad keahlian MAK. Resit dan kad tersebut akan diedarkan melalui Penyelaras AKRAB.

Pihak MAK amat berbesar hati sekiranya  borang permohonan keahlian ini dapat di kemukakan kepada Setiausaha MAK selewat-lewatnya 31 Oktober 2015.

Advertisements

Author:

Blog Rasmi Majlis AKRAB Kebangsaan

2 thoughts on “Pendaftaran Keahlian MAK

    1. Keahlian MAK terbuka kepada semua ahli AKRAB yang telah ditauliahkan oleh JPA. Sila rujuk di page Pendaftaran Keahlian (dalam blog ni) untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s