Konvensyen AKRAB Kebangsaan Ke 6 Tahun 2015 yang merupakan acara tahunan AKRAB telah disempurnakan perasmian oleh YBhg Dato’ Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) pada 11 Ogos 2015 di Hotel Berjaya Waterfornt, Johor Bharu, Johor.
Konvensyen ini adalah anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor dan Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK). Kira-kira 600 orang ahli AKRAB dari seluruh negara telah menghadiri konvensyen yang julung-julung kali diadakan di negeri Johor ini.
Sebanyak empat sesi telah disediakan sebagai pengisian iaitu, sesi 1 “Taklimat AKRAB Care dan AKRAB Xtra” oleh Encik Sadli Osman dari Bahagian Pengurusan Psikologi JPA. Seterusnya Sesi 2 pula yang bertajuk “Motivational Interview Dalam Membimbing” dikendalikan oleh YBhg Dato’ Dr Abd. Halim bin Mohd Hussin (Pengarah, Bahagian Pengurusan Psikologi JPA).
Sesi 3 , iaitu Forum yang bertemakan “AKRAB Prihatin Pemangkin Transformasi” diadakan pada sebelah petang menampilkan tiga orang panel yang terdiri daripada Tuan Hj. Ab. Latiff bin Ibrahim (Mantan Presiden MAK), YBhg Dato’ Dr. Ismail bin Alias (mantan TKPPA(O) & Penaung MAK) dan YBrs Ustazah Fazidah bt Mohd Yusof (Ahli AKRAB Johor).
Sesi terkhir merupakan perkongsian pengalaman ahli AKRAB iaitu Encik Ibrahim bin Bujang (ahli jawatankuasa AKRAB Kementerian Belia dan Sukan). selain slot pembentangan, forum dan perkongsian pengalaman, peserta juga berpeluang mengunjungi gerai pameran dan jualan yang dikendalikan oleh Majlis AKRAB Kebangsaan, AKRAB SUK Johor, PTPTN, JPA4U, Pejabat Kesihatan dan beberapa agensi lagi.
Anugerah “Amalan Terbaik AKRAB” berupa pingat Gangsa, Perak dan Emas telah di berikan kepada 8 buah organisasi yang berjaya terpilih. AKRAB SUK Johor pula telah menerima Anugerah Khas Kecemerlangan.
Secara keseluruhannya konvensyen ini telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
Salam. Boleh maklumkan senarai penerima pingat emas, perak dan gangsa Amalan Terbaik AKRAB 2015. Terima kasih.