Bengkel Penambahbaikan Modul Pasca AKRAB telah berlangsung di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya pada 13 Julai 2015. Bengkel ini merupakan anjuran bersama Bahagian Pengurusan Psikologi JPA, Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) dan AKRAB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Seramai kira-kira 50 orang peserta terlibat yang terdiri dari ahli AKRAB dan Pegawai Psikologi.
Peserta di bahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan pertama mengikuti Bengkel AKRAB Care, Kumpulan kedua membincangkan berkenaan Modul Pasca AKRAB dan Kumpulan ke tiga membincangkan berkenaan pemantapan organisasi MAK.
Selain bengkel, Majlis Jasa Mu Di Kenang turut diadakan sempena meraikan Tn. Hj. Ab. Latif bin Ibrahim (mantan Presiden MAK). Majlis ini telah disempurnakan oleh Dato’ Dr. Abd. Halim bin Mohd Hussin, Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi JPA. Majlis berkahir dengan Iftar Ramadhan.