Posted in Berita

Majlis Ramah Mesra MAK bersama TKPPA(O)

Majlis Ramah Mesra MAK bersama Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus, Timb. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah berlangsung pada 13 Mac 2015 (Jumaat) bertempat di Taman Equestrian, Presint 5, Putrajaya. Majlis ini turut di hadiri oleh Dr. Abdul Halim bin Mohd Hussin, Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi (BPPs)  JPA. Majlis ini diadakan bagi membolehkan Ahli Majlis Mesyuarat MAK mengadakan perbincangan dua hala bersama Dr. di samping mendengar amanat yang disampaikan oleh beliau selaku Penaung MAK yang baharu. Selain jamuan makan malam, majlis turut diisi dengan Ucapan Aluan oleh Tuan Hj. Ab. Latif bin Ibrahim (Presiden MAK), ucapan oleh Dr. Abd Halim bin Mohd Hussin (Pengarah BPPs) dan Pembentangan MAK oleh Encik Pauzan bin Ahmar (Timb. Presiden MAK). Majlis ini turut mendapat kerjasama dari BPPs JPA. 20150313_225154

Seterusnya YBrs Dr. telah menyampaikan amanat dan dikuti dengan sesi dialog. Di dalam ucapan tersebut beliau menyentuh berkenaan beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian oleh MAK:

1. MAK perlu di daftarkan dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) agar boleh bergerak dengan lebih berstruktur dan cekap;

2. MAK mesti menentukan “Niche” agar lebih fokus dan profesional;

3. MAK perlu memberi tumpuan terhadap kelompok mereka yang dianggap belum  / tidak berjaya. Berperanan “tackle” yang kekurangan;

4. AKRAB perlu ke hadapan. Jangan lagi bersikap terlalu low profile pada zaman sekarang. Kena jelas apa yang nak dibuat. Jangan berselindung. simbolik – “kena bakar kemenyan kuat sikit”;

5. Bawa dan tarik golongan bukan Melayu menyertai  AKRAB;

6. Ahli AKRAB perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran / dugaan hidup; dan

7. Buat pemutihan kumpulan-kumpulan AKRAB agar lebih mantap. Pemilihan ahli / kaedah pentauliahan juga perlu lebih ketat. Pastikan hanya penjawat awam yang berkelayakan sahaja menjadi ahli AKRAB;

Di majlis ini juga Presiden MAK telah menyampaikan Watikah Penaung MAK kepada YBrs Dr.

20150313_213130

20150313_222251

Advertisements

Author:

Blog Rasmi Majlis AKRAB Kebangsaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s