Posted in Berita

Jemputan Menyertai Konvensyen AKRAB Kebangsaan Kali Ke 5

Sukacita di maklumkan Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam dengan  kerjasama Unit Psikologi dan Kaunseling Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) akan menganjurkan Konvensyen AKRAB Kebangsaan Kali ke-5 Tahun 2014. Konvensyen yang bertemakan “AKRAB Agen Transformasi Perkhidmatan Awam” ini akan diadakan pada 19 Jun 2014 (Khamis) bertempat di Dewan Hotel De Palma, Shah Alam.

Sehubungan itu semua ahli AKRAB dijemput untuk turut serta. Penyertaan adalah terhad. Surat jemputan telah dikemukakan kepada Pegawai Psikologi di Kementerian, Jabatan dan Agensi masing-masing. Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut sila hubungi Pegawai Psikologi masing-masing atau Encik  Fathul Adni bin Jasni di talian 03-83164391 atau e-mel : fathul.jasni@1govuc.gov.my.

Author:

Blog Rasmi Majlis AKRAB Kebangsaan

One thought on “Jemputan Menyertai Konvensyen AKRAB Kebangsaan Kali Ke 5

  1. Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera Tuan/puan yang dihormati   Terima kasih di atas jemputan  ke Konvensyen AKRAB Kebangsaan kali Ke 5 pada 19 Jun 2014 (khamis) Maafkan, kerana tidak dapat menyertainya,  tarikh yang sama kami juga ada.  Program Retreat Akrab sendiri pada 19-21 Jun 2014 di Lembaga Kenaf Negara – Kelantan Walaubagaimana pun kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas undangan tersebut.   Insya Allah, lain masa dan waktu, jika berkelapangan akan menyertainya. Salam AKRAB untuk semua   AKRAB rakan kaunseling anda   Sekian terima kasih, WasSalam    

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s