Posted in Berita

Jemputan Menyertai Konvensyen AKRAB Kebangsaan Kali Ke 5

Sukacita di maklumkan Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam denganĀ  kerjasama Unit Psikologi dan Kaunseling Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) akan menganjurkan Konvensyen AKRAB Kebangsaan Kali ke-5 Tahun 2014. Konvensyen yang bertemakan “AKRAB Agen Transformasi Perkhidmatan Awam” ini akan diadakan pada 19 Jun 2014 (Khamis) bertempat di Dewan Hotel De Palma, Shah Alam.

Sehubungan itu semua ahli AKRAB dijemput untuk turut serta. Penyertaan adalah terhad. Surat jemputan telah dikemukakan kepada Pegawai Psikologi di Kementerian, Jabatan dan Agensi masing-masing. Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut sila hubungi Pegawai Psikologi masing-masing atau EncikĀ  Fathul Adni bin Jasni di talian 03-83164391 atau e-mel : fathul.jasni@1govuc.gov.my.