Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) dengan Kerjasama Bahagian Pengurusan Psikologi JPA bercadang untuk mengadakan satu usaha terancang dan sistematik bagi mengumpul amalan-amalan terbaik AKRAB dari setiap kementerian, jabatan dan agensi untuk diterbitkan dalam bentuk sebuah buku kompilasi. Buku ini dijangka akan dicetak dan diedarkan di dalam Konvensyen AKRAB Kebangsaan Tahun 2014.
Perkongsian Amalan Terbaik AKRAB atau ringkasnya ATA merujuk kepada apa-apa sahaja program, aktiviti, latihan, sistem, prosedur, kaedah, penyertaan, inovasi dan kreativiti, kepimpinan, kerja-kerja kesukarelaan (Corporate Social Responsiblities – CSR), pengurusan organisasi dan sebagainya yang telah dilaksanakan oleh organisasi AKRAB di kementerian, jabatan dan agensi bermula dari tahun penubuhan sehingga sekarang. Pelaksanaan ATA ini dapat memberikan nilai tambah, impak positif, meningkatkan imej, memberi manfaat kepada ahli dan organisasi AKRAB khasnya serta perkhidmatan awam amnya.
Sehubungan itu setiap organisasi AKRAB di kementerian / Jabatan / agensi DIWAJIBKAN menghantar sekurang-kurangnya satu penyertaan. Surat jemputan penyertaan dan garis panduan telah diedarkan kepada setiap kementerian, jabatan dan agensi yang mempunyai organisasi AKRAB. Borang yang telah lengkap diisi berserta penulisan (write up) ATA hendaklah dihantar kepada sekretariat MAK di Bahagian Pengurusan Psikologi JPA dan juga menerusi e-mel : afendi@kbs.gov.my pada atau sebelum 26 Mei 2014 untuk tindakan selanjutnya.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Encik Mohd Afendi bin Ya @ Zakaria di talian 03-88713360 / 019-9112878, E-Mel : e-mel : afendi@kbs.gov.my atau Puan Juliana binti Megat, Tel : 03-88703028, Fax : 03-88888475 E-Mel : e-mel : juliana@doa.gov.my.