Posted in Pengetahuan Am

Kaunseling bukan memberi nasihat !

Kaunseling adalah satu proses perhubungan menolong secara professional berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor untuk membantu klien meneroka, menganalisis, memahami diri dan mampu membuat keputusan sendiri mengikut Kod Etika kaunselor (Peraturan-peraturan – Kelakuan dan Tatatertib 1999 dan Akta Kaunselor 1998).DSCN3633

Manakala nasihat ialah pengajaran dan tunjuk ajar untuk peringatan, diberikan oleh sesiapa sahaja, terdapat elemen tunjuk ajar, cadangan dan cara bagaimana melaksanaknnya, memasukkan elemen nilainya dan tiada elemen potensi diri.

Kaunseling merupakan perkhidmatan memberi pertolongan dan bukannya memberi arahan atau membuat pilihan atau membuat keputusan untuk individu tentang apa yang harus mereka lakukan. Ia juga bukan bertujuan mempengaruhi individu supaya menurut / mengikut sesuatu idealisme, fahaman atau sudut pandangan pegawai yang memberi perkhidmatan kaunseling. Perkhidmatan kaunseling mengiktiraf wujudnya perbezaan individu dan mengambil kira kewajipan serta tanggungjawab individu dalam mencapai matlamat kaunseling.20130303_083953

Perkhidmatan kaunseling juga bukan untuk mengambil alih tanggungjawab seseorang individu dalam menyelesaikan masalahnya malah ia merupakan proses kerjasama erat antara kaunselor dengan klien dan seluruh potensi yang ada disekelilingnya (organisasi dan masyarakat). Secara umumnya matlamat perkhidmatan kaunseling adalah seperti berikut :

– Mempertingkatkan kemahiran menghadapi perubahan;

– Mempertingkatkan kemahiran membuat keputusam;

– Memperkembangkan potensi diri;

– Mengubah tingkahlaku; dan

– Memperbaiki hubungan dengan individu lain.

Ahli Psikologi percaya bahawa setiap individu berhak memberi makna kepada dirinya dan menentukan matlamat hidupnya. proses memberi makna dan menetapkan matlamat inilah yang menyebabkan manusia itu unik dan berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain. Psikologi juga menerima hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing. Keadaan ini menyebabkan perkhidmatan kaunseling itu menjadi satu keperluan kepada setiap individu yang ingin lebih berjaya dalam hidup dan bahagia.

Oleh : Sukri Suhaimi, Dipetik dari Buletin AKRAB Jabatan Bomba Edisi 1 – Julai 2013.

Posted in Makluman

Sumbangan anda amat bermakna !

Ahli-ahli AKRAB dari seluruh negara dipelawa menyumbangkan bahan-bahan untuk dimasukkan ke dalam blog MyAkrab. Bahan-bahan boleh meliputi tips-tips, rencana, artikel, aktiviti-aktiviti yang diadakan, petua, cerita motivasi, perkongsian pengalaman, karya  dan sebagainya. DSCN3676Bahan-bahan perlulah dihantar dalam bentuk soft copy kepada pentadbir blog melalui e-mel  afendi@kbs.gov.my. Sila nyatakan sumber tulisan atau bahan-bahan tersebut, sama ada tulisan asal atau dipetik dari blog lain atau mana-mana bahan cetakan.

Bahan-bahan boleh disumbangkan pada setiap masa. Tak perlu panjang sangat. Lagi bagus jika disertakan gambar-gambar program yang menarik. – Blog Admin.