Posted in Makluman, Pengetahuan Am

Perkongsian Amalan Terbaik AKRAB

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam  (AKRAB) merupakan nama khusus bagi pegawai yang dilantik sebagai  Pembimbing Rakan Sekerja  sepertimana yang dikehendaki dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 18/2005. Rakan Pembimbing merupakan agen penggerak kepada pelaksanaan budaya kerja kelas pertama dalam perkhidmatan awam. Kewujudan AKRAB dalam perkhidmatan awam kini telah menjangkau usia  lapan tahun.  Keahliannya telah mencecah angka  melebihi 8000 orang pada tahun 2013. Dalam tempoh tersebut  seramai lapan (8) orang ahli AKRAB dan lapan  (8) buah organisasi telah berjaya menerima pengiktirafan yang diberikan secara dwi tahunan berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

2012-09-11 11.54.55

Dalam tempoh tersebut juga pelbagai program, aktiviti, latihan, pendekatan, sistem, kempen,  dan sebagainya telah dibangun dan dilaksanakan oleh AKRAB di kementerian, jabatan dan agensi  yang boleh dikongsikan sebagai  amalan terbaik. Pengalaman yang dilalui oleh setiap organisasi ini wajar di rekodkan secara bertulis bagi membolehkan ianya di ketahui dan dikongsikan untuk manfaat bersama.

Cadangan Perkongsian Amalan Terbaik AKRAB    adalah bagi membolehkan satu usaha terancang dan sistematik dilakukan untuk mengumpul amalan-amalan terbaik AKRAB  dari setiap kementerian, jabatan dan agensi  untuk diterbitkan dalam bentuk   sebuah buku kompilasi. Selain itu amalan terbaik tersebut juga akan dinilai dan  diberikan pengiktirafan yang bersesuaian. Program ini sebenarnya bukanlah bercorak pertandingan, sebaliknya menggalakkan perkongsian secara ikhlas dan sukarela.

cropped-p1030011.jpg

Perkongsian Amalan Terbaik AKRAB atau selepas ini disebut ATA  merujuk kepada apa-apa sahaja program, aktiviti, latihan, sistem, prosedur, kaedah, penyertaan, inovasi dan kreativiti, kepimpinan, kerja-kerja kesukarelaan (Corporate Social Responsiblities – CSR), pengurusan organisasi dan sebagainya yang telah dilaksanakan oleh organisasi AKRAB di kementerian, jabatan dan agensi bermula dari tahun penubuhan sehingga sekarang. Pelaksanaan ATA ini dapat  memberikan nilai tambah, impak positif, meningkatkan imej,  memberi manfaat kepada ahli dan organisasi AKRAB  khasnya  serta  perkhidmatan awam  amnya.

Objektif

  • Memberi peluang kepada organisasi AKRAB di kementerian, jabatan dan agensi berkongsi dan menonjolkan  ATA yang telah dan sedang  dilaksanakan;
  • Mendokumentasikan ATA untuk rujukan dan tatapan umum menerusi penerbitan buku kompilasi; dan
  • Membuat penilaian dan memberikan pengiktirafan terhadap ATA yang telah dilaksanakan dengan jayanya.

.Bersambung

Author:

Blog Rasmi Majlis AKRAB Kebangsaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s