Posted in Berita

Penggerak Transformasi Perkhidmatan Awam !!

Konvensyen AKRAB Kebangsaan Kali ke 4 Tahun 2013 telah diadakan pada 27 Jun 2013 bertempat di Dewan Gunasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Putrajaya.  Konvensyen pada kali ini adalah anjuran  bersama Bahagian Pengurusan Psikologi  JPA (BPPs), Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK), Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) serta Persatuan Pegawai  Psikologi  Perkhidmatan Awam (PSiPA). Seramai 500 orang ahili AKRAB dari seluruh negara telah menyertai konvensyen tahun ini yang bertemakan “AKRAB Penggerak Transformasi  Perkhidmatan Awam”.  YBhg Tan Sri Mohamad Zabidi  Zainal (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam) telah menyempurnakan majlis perasmian penutup. Di dalam ucapannya beliau memberi penekanan tentang penglibatan ahli AKRAB sebagai Agen Transformasi Perkhidmatan Awam.

DSCN3609

YBhg Tan Sri juga mencadangkan agar AKRAB  turut terlibat menjayakan program IM4U bagi membolehkan penglibatan diperluaskan. Majlis perasmian penutup turut diserikan oleh persembahan Tarian 1 Malaysia oleh penari Pentarama Jabatan Penyiaran Malaysia dan juga persembahan koir oleh pasukan koir JPA. YBhg Tan Sri turut melancarkan buku “AKRAB : Konsep dan  Kemahiran Menolong”.  

Pengisian Konvensyen dimulakan dengan Taklimat majlis oleh Puan Razinah binti Sohor dari BPPs. Seterusnya Dr. Aris Kasan (Pengarah BPPs) telah membentangkan kertas bertajuk “Kelastarian AKRAB Perkhidmatan Awam”. Slot seterusnya pula diisi dengan pembetangan yang bertajuk “Peranan AKRAB Kementerian Komunikasi dan Multimedia – Skuad Elit SALAM” oleh Encik Mohd Akmal bin Mustapa (Pegawai Psikologi KKM). Selepas rehat minum pagi,  Encik Mohd Afendi bin Ya @ Zakaria (Setiausaha MAK) pula berkongsi bersama-sama peserta konvensyen tajuk “Pengiktirafan Amalan Terbaik AKRAB”DSCN3615

Dato’ Dr. Ismail Alias, Timbalan Ketua pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) juga merangkap Penaung MAK telah membentangkan kertas bertajuk “AKRAB Bestari Merealisasikan Transformasi Perkhidmatan Awam”. Di dalam pembentangannya YBhg Dato’ berkongsi dengan peserta berhubung kepentingan transformasi minda, ciri-ciri AKRAB Bestari, kenapa transformasi ditentang dan pelbagai lagi panduan yang berguna. Pada sesi sebelah petang tajuk Warm Approaches in Dealing With Your Client – Kemahiran Grafalogy” telah disampaikan Puan Nurul Azwa bt. Mohd Kassim, Pegawai Psikologi PDRM. Secara keseluruhannya konvensyen ini telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.

 

Advertisements

Author:

Blog Rasmi Majlis AKRAB Kebangsaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s