Pada 9 – 11 Jun 2013, bersempena Konvensyen Kaunseling Antarabangsa ke 19 anjuran PERKAMA International, MAK telah menyertai pertandingan “Inovasi Dalam Kaunseling”. Di dalam pertandingan ini MAK mempertaruhkan buku “Kompilasi Kes Sesi Bimbingan Ahli AKRAB Perkhidmatan Awam” untuk di pertandingkan. Alhamdulillah MAK telah berjaya mendapat “BRONZE MEDAL”. Konvensyen ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Rohani Haji Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.