Posted in Berita

Kompilasi Kes Sesi Bimbingan Ahli AKRAB

Buku Kompilasi Kes Sesi Bimbingan Ahli AKRAB Perkhidmatan Awam akan dilancarkan sempena Konvensyen AKRAB Kebangsaan Ke 3 2012 pada 11 September 2012 nanti. Buku ini menghimpunkan 25 kes (kisah benar) yang ditulis sendiri oleh ahli-ahli AKRAB dari pelbagai agensi Perkhidmatan Awam berdasarkan pengalaman masing-masing. Setiap peserta yang berdaftar di konvensyen ini akan mendapat sebuah buku berkenaan secara percuma. Jangan lepaskan peluang ini. Jom sertai konvensyen yang akan diadakan di Dewan Jubli Perak, Pejabat SUK Selangor.