Posted in Berita, Makluman

Konvensyen AKRAB Kebangsaan Kali Ke 3 Tahun 2012

Konvensyen AKRAB Kebangsaan Kali Ke 3 Tahun 2012 akan diadakan pada 11 September 2012 (Selasa) mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Auditorium Dewan Jubli Perak, Pejabat SUK Selangor.  Konvensyen pada kali ini bertemakan “AKRAB Prihatin, Keharmonian Terjalin” dijangka akan di rasmikan oleh YBhg Dato’ Dr. Ismail bin Alias – Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) yang juga merangkap penaung Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK). Beberapa orang tokoh terkenal dan berpengalaman akan diundang bagi berkongsi pengalaman dan memberikan input di dalam konvensyen pada kali ini.

Pada konvensyen kali ini juga sebuah buku “Kompilasi Kes Sesi Bimbingan Ahli AKRAB Perkhidmatan Awam” akan turut dilancarkan. Peserta yang berdaftar akan diberikan buku ini secara percuma.

Setiap peserta dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM30 seorang. Yuran berkenaan boleh dibayar secara tunai semasa sesi pendaftaran. Ahli AKRAB yang berminat sila berhubung dengan Pegawai Psikologi di agensi masing-masing untuk urusan pendaftaran.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Sekretariat Konvensyen di Bahagian Pengurusan Psikologi JPA atau Setiausaha MAK di talian 019-9112878 atau eMel  – myfendi165@yahoo.com.

Advertisements

Author:

Blog Rasmi Majlis AKRAB Kebangsaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s