Konvensyen AKRAB Kebangsaan Kali Ke 3 Tahun 2012 akan diadakan pada 11 September 2012 (Selasa) mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Auditorium Dewan Jubli Perak, Pejabat SUK Selangor. Konvensyen pada kali ini bertemakan “AKRAB Prihatin, Keharmonian Terjalin” dijangka akan di rasmikan oleh YBhg Dato’ Dr. Ismail bin Alias – Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) yang juga merangkap penaung Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK). Beberapa orang tokoh terkenal dan berpengalaman akan diundang bagi berkongsi pengalaman dan memberikan input di dalam konvensyen pada kali ini.
Pada konvensyen kali ini juga sebuah buku “Kompilasi Kes Sesi Bimbingan Ahli AKRAB Perkhidmatan Awam” akan turut dilancarkan. Peserta yang berdaftar akan diberikan buku ini secara percuma.
Setiap peserta dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM30 seorang. Yuran berkenaan boleh dibayar secara tunai semasa sesi pendaftaran. Ahli AKRAB yang berminat sila berhubung dengan Pegawai Psikologi di agensi masing-masing untuk urusan pendaftaran.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Sekretariat Konvensyen di Bahagian Pengurusan Psikologi JPA atau Setiausaha MAK di talian 019-9112878 atau eMel – myfendi165@yahoo.com.