Posted in Pengetahuan Am, Tips

Bimbingan & Personaliti Rakan Pembimbing

Sesi bimbingan  tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti seorang Pembimbing, iaitu mesra, jujur, menerima tanpa syarat dan berempati.

MESRA – Sifat mesra Pembimbing akan dirasakan oleh kien apabila klien menunjukkan tanda-tanda berikut iaitu, tidak kekok bercakap, relax, selesa dan rasa diterima oleh Pembimbing.

JUJUR – Pemimbing yang jujur adalah Pembimbing yang tidak berpura-pura dalam perhubungannya dengan klien. Dia bersifat natural, terbuka, spontan, tidak defensif dan konsisten. Dia mampu berkongsi aksi dan reaksi dari segi mental dan emosi dan tidak teragak-agak untuk memberi maklumbalas.

MENERIMA TANPA SYARAT – Ciri-ciri ini menunjukkan Pembimbing perlu menerima diri klien yang sebenarnya. Pembimbing perlu melayan klien sebagai manusia yang bermaruah dan unik walaupun klien datang bercerita berbagai-bagai. Pembimbing perlu berpandangan terbuka. Dia perlu mengelakkan diri daripada pandangan yang negatif atau seorang terhadap kliennya.

BEREMPATI – Ini merujuk kepada kebolehan Pembimbing untuk memasuki ruang rujuk atau dunia klien dan membenarkan dirinya mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien sambil memahami dan menghayati pengertian daripada proses ini.

Dipetik dan diubahsuai dari buku: “Kaunseling Individu – Apa dan Bagaimana”
* Pembimbing merujuk kepada Ahli AKRAB.