Konvensyen AKRAB Kebangsaan Kali Ke 2 Tahun 2011 akan diadakan pada 5 Disember 2011. Konvensyen ini akan dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam dengan kerjasama Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK). Seramai lebih 1000 orang ahli AKRAB dari seluruh negara dijangka akan menyertai konvensyen ini. Konvensyen tahunan ini diadakan bertujuan mendedahkan ahli-ahli berkenaan pengetahuan terkini berkaitan ilmu-ilmu Psikologi / kaunseling yang merupakan ilmu asas kepada ahli AKRAB, disamping mengeratkan lagi perhubungan sesama ahli. Konvensyen sehari ini akan diadakan di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya. YBhg Tan Sri Abu Bakar bin Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dijangka akan menyempurnakan majlis perasmian. Untuk makluman Konvensyen Akrab Peringkat Kebangsaan kali pertama telah diadakan pada 7 Mei 2010 bersempena majlis perasmian MAK.
Ahli-ahli AKRAB yang berminat untuk turut serta di dalam konvensyen pada kali ini bolehlah menghubungi penyelaras AKRAB di agensi masing-masing. – MyAkrab