Pada zaman yang serba kompetatif ini, setiap orang cuba dan berlumba-lumba untuk menunjukkan bakat, kelebihan, kemampuan dan keupayaan masing-masing. Ramai yang cuba menjadi super hero. Boleh buat apa sahaja dan sanggup buat apa sahaja. Alhamdulillah jika penonjolan tersebut dilakukan secara jujur, ikhlas, semulajadi dan lahir dari hati yang suci, ianya tidak menjadi sebarang masalah. Tetapi sebaliknya, jika penonjolan tersebut hanya semata-mata satu lakonan, atau semata-mata untuk memuaskan hati orang lain ianya sudah tentu agak membimbangkan.
Yang membimbangkan ialah, kita akan menjadi seorang yang resah gelisah dan stres sentiasa, sebab kita cuba menggembirakan orang lain. Dengan kata lain, kita cuba menjadi insan SUPER kerana nak selamatkan dunia.
Individu yang TERLALU mementingkan pendapat orang lain atau memikirkan tentang apa orang kata, sering MELAKUKAN SEDIKIT PERKARA SAHAJA. Mereka terperangkap dalam cubaan menjaga perasaan orang lain. Saya sedar kerana saya juga adakalanya menjadi people pelaser, iaitu suka melakukan perkara bagi menyenangkan hati orang lain. Saya sering risau pada pandangan rakan sekerja dan staf bawahan berkenaan diri saya lebih daripada apa yang dapat saya lakukan. Tetapi akhirnya saya sedar, setiap manusia perlu meneruskan hidupnya sendiri. Akhirnya saya faham dalam lubuk hati saya perkara betul yang saya lakukan lebih penting daripada mengambil hati ataupun membuat orang lain merasa kagum pada saya setiap masa. Ini bukan bermakna kita ambil mudah atau tidak menghiraukan perasaan orang langsung. Tetapi berpada-pada.
Kita tidak dapat lari daripada kesilapan dan kegagalan, Jadi lebih baik saya lakukan sahaja perkara yang apa saya patut lakukan. Jika kita mahu mencapai kreadibiliti dengan rakan sejawat, kita hanya perlukan diri kita. Sekiranya kita tidak berpura-pura, adakah semua orang menyukai kita ? Tidak juga kan…belum tentu. Tetapi jika kita berpura-pura, ini menyebabkan semua orang tidak menyukai kita. Malah ia menyebabkan kita semakin tidak disukai.
Kesimpulannya, kita perlu menjadi diri kita sendiri. Bagus untuk berusaha menjadi lebih baik setiap hari, tetapi kita perlu sedar ”No body Perfect” yang penting Try our best. Lord Baden Powell, Pengasas Pergerakan Pengakap Dunia pernah mengatakan ”Buat satu perkara yang baik setiap hari”, anda akan rasai perbezaanya. Walaupun hanya dengan melemparkan satu senyuman atau tegur hai !. Insyallah kepuasannya kita akan rasai. – Admin
Sumber : http://myfendi.esq2u.com/