Alhamdulillah, pada tahun ini kita sekai lagi diketemukan dengan Ramadhan yang mulia. Di harap ibadat puasa yang telah dan akan dilaksanakan sepanjang sebulan ini dapat membentuk diri kita menjadi seorang induvidu yang berpersonaliti unggul dan boleh dicontohi oleh rakan-rakan sekerja. Apatah lagi sebagai ahli AKRAB, kita perlu sentiasa meningkatkan ilmu kaunseling dan psikologi yang telah kita pelajari. Pada kali ini saya akan berkongsi 10 tip memudahkan pergaulan yang dipetik dari buku PSQ Rahsia Personaliti Unggul tulisan Ahmad Amri Zainal Adnan. Mari kita sama-sama kongsikan tip yang pertama. Tip-tip yang seterusnya akan dikongsikan dalam post akan datang. jangan lupa untuk terus bersama blog MyAkrab.
Tip Pertama : BERSIKAP TERBUKA – Perselisihan sering terjadi kerana masing-masing mahu mempertahankan pendapat dan prinsip sendiri. Apabila kita menutup minda kita daripada mendengar pendapat pihak lain, kita seolah-olah membina tembok komunikasi antara kita dan pihak itu. Walaupun kita mungkin tidak berapa setuju dengan pendapat atau pegangan orang lain, sekurang-kurangnya kita dengar penjelasan mereka terlebih dahulu. Cuba fahami mengapa berlaku perbezaan pendapat dan hormati perbezaan itu.
Sekiranya kita mahu berbincang mengenai perbezaan pendapat, bincanglah dengan adab yang sopan. Bersikap emosional tidak menyelesaikan perbezaan pendapat, malah mendorong kepada konflik yang lebih besar.
Ajaran Islam membuka ruang perbahasan dalam soal-soal ranting dengan syarat tidak membawa kepada perpecahan dan kemudaratan yang lebih besar.
Sekian dahulu untuk kali ini. Selamat beramal
Bersambung…